ARiF Ai – ChatGPT & Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Peningkatan Kompetensi Diri Penjawat Awam
Dalam era digital dan kecerdasan buatan (artificial intelligence – AI) yang terus
berkembang, keperluan untuk peningkatan tahap kompetensi dan keberkesanan
dalam perkhidmatan awam menjadi semakin penting dan utama.
Bersandarkan kesedaran ini, Bengkel ARiF Ai – ChatGPT & Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Peningkatan Kompetensi Diri Penjawat Awam’ dirancang khusus untuk memenuhi tuntutan dinamika kerja dalam sektor awam masa kini. Bengkel ini bertujuan untuk membekalkan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan terkini dalam penerapan teknologi AI khususnya ChatGPT, untuk mengoptimumkan proses kerja, meningkatkan efisiensi, dan menggalakkan inovasi dalam tugas-tugas harian.
Kami percaya, penjawat awam yang mempunyai kearifan dalam teknologi AI akan menjadikan mereka sumber manusia yang produktif dan mampu memberi sumbangan kepada organisasi.
Bengkel ini diharapkan dapat menjadi titik tolak bagi peserta untuk mengeksplorasi dan memanfaatkan potensi penuh ChatGPT dan alat-alat AI terpilih dalam mempercepat penyediaan maklumat, memperkaya proses pembuatan keputusan, dan merangsang pembangunan idea kreatif yang akan membawa kepada peningkatan produktiviti kerja yang berimpak tinggi. Kami mengajak anda untuk menjadi sebahagian daripada transformasi ini, membuka lembaran baru dalam perjalanan profesional anda dengan memanfaatkan kekuatan pembelajaran aktif dan teknologi canggih.
Join us:
W.P (Putrajaya) – Pulse Grande Hotel @ 09 to 10 July 2024, 0900 to 1700 daily. (14 hours)
Contact us
I am interested to have more information and/or register for the programme: